30 May 2012

Propaganda BN

BN hanya ada ‘propoganda machine’ sahaja lagi. Untuk menunjukkan ‘kad kemajuan’ keatas kemampuan dan kecekapan mentadbir negara tidak ada lagi kredibilitinya. Malahan sekarang ini dan akan terus dialami BN ialah kehilangan sokongan rakyat dan komponen BN sedang menghadapi krisis kepimpinan yang paling serius dalam sejarah negara merdeka kita. Sindrom penafian yang diamalkan oleh pimpinan negara tentang keadaan krisis kepimpinan ini tidak langsung membawa apa-apa kemajuan terhadap sokongan rakyat ramai yang akan mengundi dalam PRU yang akan datang ini.

Najib dan kepimpinan negara memahami keadaan ini, dan itulah penyebab kenapa pilihanraya tidak sampai-sampai walaupun Najib telah mengambil alih kuasa sudah menjangkau empat tahun. Sampai kehari ini Najib belum lagi mendapatkan ‘endorsement’ kepimpinannya dari  mandat yang beliau sendiri perolehi.

Kepimpinan sekarang jauh lebih lemah dari kepimpinan Abdullah Badawi yang dulu dikatakan oleh Mahathir sebagai Perdana Menteri yang paling tidak berguna walaupun beliaulah (Mahathir) yang memilih dan melantik Abdullah untuk menjadi pengganti beliau. Apabila Mahathir tersedar yang beliau telah tersalah pilih penggantinya, beliau pula yang menyalahkan semua orang kecuali beliau sendiri.

Tidak mengapalah itu, kerana memang Mahathir tidak pernah membuat salah dan kekecohan politik negara kita sekarang adalah disebabkan oleh semua pihak kecuali beliau seorang. Itu memang sikap beliau dan tidak boleh hendak berbuat apa-apa lagi. Kalau dia tidak menyalahkan orang lain,beliau bukan Mahathir namanya.

Tidak usah dihiraukan beliau lagi kerana kita hendak mencari kebaikan untuk negara. Kalau kita ikutkan nasihat dan pandangan beliau kita tidak akan berjumpa penyelesaian terhadap kekalutan yang kita alami sekarang yang berputik dari kepimpinan beliau dahulu.

Kita tehakik apa yang sedang kita hadapi dengan pemikiran terbuka untuk menjadikan negara kita kembali kelandasan demokrasi yang sebenar yang pernah kita alami sebelum Mahathir mengambil alih kepimpinan negara kita ini dahulu. Bak kata P Ramlie, ‘barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang merana badan’.

Sebahagian besar rakyat yang telah terbangun dari tidur merasakan peralihan serta pertukaran kepimpinan negara amat perlu dilakukan untuk keselamatan serta masa depan negara. Yang dewasa ingin menjamin yang segala institusi demokrasi perlu dan wajib dikembalikan kelandasan yang sebenarnya setelah badan kehakiman telah terlacur semasa pentadbiran Dr Mahathir.

Tidak siapa akan menerima pembohongan sejarah lagi. Badan kehakiman telah dikucar kacirkan oleh pihak eksekutif pimpinan Mahathir kerana kepentingan politik peribadi Mahathir dan konco-konconya pada tahun 1988 dahulu. Sehingga ke hari ini badan kehakiman tidak kebah-kebah lagi dari persepsi buruk masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Isu terhadap badan perundangan seperti persepsi buruk terhadap ‘Attorney General’ tidak mungkin dapat dipulihkan selagi parti yang merosakkannya masih berkuasa lagi. ‘AG’ diperguna oleh pihak berkuasa eksekutif bukan untuk membersihkan salah laku mana-mana pihak tetapi beliau dipergunakan untuk menutup segala tindakan tidak bermoral oleh perasuah dan penjenayah negara dan rakyat.

Rakyat  kini merupakan rakyat bermaklumat dan mereka sekarang sudah nampak dengan jelas yang institusi kepolisan juga sedang dalam keadaan nazak dan jika semua institusi demokrasi di kuasai oleh pihak eksekutif yang rasuah dan penjenayah maka sudah pasti memang tidak ada lagi peluang untuk rakyat hidup dalam keadaan aman damai seperti yang pernah rakyat rasakan sebelum pemerintahan Mahathir Mohammad dahulu.

Kehilangan elemen pengasingan kuasa diantara tiga badan, Legislatif, Judiciary dan eksekutif merupakan situasi yang amat malang yang sedang dihadapi oleh rakyat yang cintakan keamanan dan keunggulan berdemokrasi kita. rata-rata rakyat yang selama ini bersabar dengan kerajaan BN untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan ini. Tetapi keadaan bertambah buruk dan semua pihak merasakan jika BN masih berkuasa maka tidak mungkin keadaan ini akan bertambah baik.

Hari demi hari kita seolah-olah tinggal dalam sebuah negara ‘police state’ yang zalim dan tidak bermoral kepimpinannya. UMNO tidak lagi berjuang untuk rakyat dan negara tetapi sebaliknya parti itu telah menjadi musuh kepada rakyat yang dahagakan kehidupan dalam sebuah negara persekutuan yang menghormati rakyat dan negeri-negeri yang terkandung dalam persekutuan kita ini.

Dalam keadaan terdesak dengan tekanan rakyat terhadap UMNO, parti itu tidak lagi dapat berbuat apa-apa tentang arus dan angin perubahan yang rakyat sedang lakukan sekarang ini. Sekarang sudah sampai ketahap pertembungan diantara rakyat dan UMNO. UMNO sedang menggunakan segala apa yang ada kepada mereka untuk mempertahankan gerakan perubahan dalam pemikiran rakyat kini.

Perubahan yang berlaku kini adalah perubahan pemikiran dan kita tidak nampak bagaimana UMNO boleh mengembalikan perasaan hormat dan sokongan terhadap parti itu. UMNO sedaya upaya cuba mengawal perasaan rakyat seperti mengawal seekor haiwan ternakan yang boleh dikandang dan disembelih mengikut kehendak dan nafsu pemimpin mereka.

UMNO telah terlupa yang mereka tadbir ini adalah perasaan rakyat yang sentiasa berubah dan mahukan kemajuan terhadap pemikiran dan tindakan mereka. UMNO sedang menggunakan segala kekuatan propaganda yang ada ditangan mereka untuk membentuk budaya mengangguk dan menurut perintah sahaja. Yang benar hendak diakui salah dan yang salah hendak dibudayakan sebagai perkara yang mesti diterima.

Moral sudah tidak menjadi perkara penting lagi kepada UMNO walaupun mengaku sebagai penjaga masa depan Islam dan Melayu. UMNO masih menggunakan tektik lama yang sudah lusuh untuk menyakinkan orang Melayu, tanpa UMNO orang Melayu akan hilang di dunia ini. Tetapi mereka tidak sedar yang dengan cara mereka mentadbir negara sekarang ini …Melayu akan hilang dunianya. Agama hanya menjadi tempelan kerana apa yang mereka lakukan sekarang semuanya bertentangan dengan kehendak agama yang mereka retorikan setiap masa dan waktu.

Mereka menakut-nakutkan orang Melayu jika UMNO tidak dapat menyambung kuasa Raja-Raja Melayu akan lenyap, tetapi apa yang mereka lakukan hari ini saling tidak tumpah serupa dengan cara Malayan Union memerintah untuk mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu. Kita masih ingat bagaimana UMNO menghina Raja-Raja Melayu semasa krisis perlembagaan tahun 1993 dahulu.

Orang Melayu sedang cuba dibohongi yang ‘there will be no more Malays if UMNO is defeated’. Lima puluh empat tahun memerintah setiap kali bercakap isu Melayu tetapi Melayu tidak kemana juga. Yang mendapat habuan dan menjadi kaya raya yang tidak terperi ialah sebilangan kecil kroni-kroni yang membelasah kekayaan negara dan menjadi ‘proxy’  kepada pemimpin rakus dan rasuah yang tidak terperi.

Orang Melayu biasa dijadikannya hanya sebagai anjing buruan untuk memburu kumpulan dan pihak yang ingin melakukan perubahan. Anjing-anjing buruan ini dapatlah upah sedikit sebanyak untuk membayar upah menjadi kuda pelejang bagi pihak pimpinan rakus tadi.

Oleh kerana keadaan begitu serius maka UMNO dan BN sudah tidak lagi mempunyai modal untuk meyakinkan rakyat dan cara terakhir ialah dengan menggunakan ugutan dan ‘gangsterism’. Kerana apa mereka menggunakan cara kasar ini? Kerana propoganda BN sudah tidak lagi 'mangkuih' kerana rakyat tidak yakin lagi kepada BN dan UMNO.

Percayalah, apabila sudah sampai ke begini keadaannya ia hanya membuktikan yang usia BN dan UMNO itu tidak akan bertahan lama lagi. Tetapi itu tidak menjadi masalah kepada orang Melayu, kerana Melayu akan bertambah kuat selepas UMNO tiada memerintah. Selama ini UMNOlah yang membantutkan orang Melayu untuk maju kehadapan

28 May 2012

Program kebanggaan Tn Hj Najib

Kehadiran artis seksi dari Korea di program Hari Belia menunjukkan kerajaan kini ketandusan idea untuk menarik sokongan golongan muda sehingga sanggup menganjurkan "program maksiat," menurut Dewan Pemuda PAS.
NONE
Ketua penerangan sayap part itu, Riduan Mohd Nor berkata, persembahan oleh kumpulan artis "seksi" itu "tidak lebih daripada usaha untuk menyuburkan kemungkaran di kalangan generasi muda," katanya dalam satu kenyataan.

"Dengan menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya. 

"Mungkin inilah nilai wassatiyyah yang hendak diterapkan oleh perdana menteri," katanya sinis.

Program Hari Belia di Putrajaya yang diadakan sepanjang hujung minggu lalu antara lainnya menampilkan kumpulan Korea, U-Kiss, Dal Shabet dan Teen Top.

Umno tidak menghormati hak berpolitik & demokrasi

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Umno belajar menghormati hak berpolitik dan demokrasi yang dibenarkan di negara ini dengan berhenti melakukan provokasi dan keganasan.

Berucap di hadapan kira-kira 5,000 orang di perkarangan pejabat PAS Maran di sini malam tadi, Ketua Pembangkang di parlimen itu berkata, kini wujud senario baru di mana pihak Umno atau sekutunya cuba menimbulkan ketegangan dalam setiap program Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, kini seperti satu trend Umno sengaja mahu menimbulkan suasana kecoh sedangkan PR hanya menggunakan pentas ceramah bagi menjelaskan fitnah yang sudah ditabur melalui media rasmi kerajaan.

“Hormatilah budaya berpolitik dan prinsip berdemokrasi. Cuba fikir, kita sudah dihentam tiap-tiap malam dalam media yang dikawal kerajaan Umno, kita dibina dan dan dimaki hamun setiap hari, kenapa kita mahu memberi penjelasan di pentas seperti ini juga mahu diganggu? Kita minta Umno hormatilah adab berpolitik,” katanya.
Kurang 20 meter berhampiran ceramah tersebut, Umno turut mengadakan pesta karaoke Cina dengan menguatkan bunyi pembesar suara bagi tujuan mengganggu ceramah tersebut sehingga ke akhir.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kejadian buruk berlaku hasil kawalan ketat dan berdisiplin petugas-petugas Unit Amal.

Anwar turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengajar dan mengawal Umno dan sekutu-sekutunya menghormati undang-undang.

“Seorang pemimpin mesti memelihara undang-undang. Bayangkan dalam ceramah-ceramah kami akhir-akhir ini kami diganggu termasuk dibaling telur dan botol, beberapa minggu lalu kereta saya dirosakkan.

“Datuk Ambiga seorang warganegara profesional boleh diganggu sesuka hati oleh penyokong Umno dan dibiarkan saja tanpa sebarang tindakan. Sebab itu jika Najib tak mampu lagi memelihara undang-undang dan keamanan baiklah turun daripada jawatan kerana gagal memimpin,” tegasnya.

Mengenai pilihan raya umum (PRU) akan datang, Anwar menjelaskan rakyat perlu melihat kehidupan pemimpin-pemimpin Pakatan jika mahu membuat keputusan untuk mengundi parti mana untuk memerintah.

Beliau berkata, dapat dilihat contohnya bagaimana Tuan Guru Nik Aziz yang sudah 22 rahun menjadi Menteri Besar Kelantan tetapi beliau tidak mengambil kesempatan mengumpul kekayaan berbanding pemimpin Umno yang lain.



27 May 2012

Allahuakhbar

Perhatikan gambar betul ..... semua hangus dijilat api kecuali .........

Anda nilailah sendiri .... Allah sedang uji atau beri kafarah kepada tuan rumah .... Allah juga nak tunjukkan pada semua akan Kebesaran Nya ......

Ia berlaku di Taman Setia, Klang pagi tadi .... mungkin disebabkan litar pintas


TGNA : Mahathir suka mereka-reka cerita

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa pihak pembangkang akan bertindak ganas sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas tidak pernah membuat kacau dan menimbulkan keganasan tetapi sebenarnya tindakan-tindakan sedemikian dimulakan oleh pihak Umno dengan melakukan pelbagai provokasi sejak kebelakangan ini.
"Kenyataan ini terbalik. Pelbagai keganasan dilakukan oleh Umno termasuk  menimbulkan suasana panas dengan melakukan tindakan tidak bermoral di depan rumah Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga.
"Apa ni? Tindakan mengadakan senaman 'tonggeng' itu bukan budaya Melayu. Kita orang yang beradab dan beretika... semua ini adalah budaya luar yang dibawa oleh Umno," katanya kepada pemberita.
Terdahulu, beliau merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kali ke-41 di Markas Dewan Ulama Labok di sini, hari ini.

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini